Jom Klik

Mari kita Qurban

Daddy.... Mummy... Harraz....

Daddy.... Mummy... Harraz....

Wednesday, January 2, 2013

Fear Factor Selebriti Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Artikel ini mengenai sebuah rancangan realiti yang kini hangat diperkatakan di seluruh Malaysia - Fear Factor Selebriti Malaysia (FFSM). Merupakan rancangan adaptasi dari Negara Amerika Syarikat yang telah mula bersiaran di sana pada tahun 2001. Rancangan FFSM ini telah dibuat di Cape Town, Afrika Selatan dan ianya telah diolah bagi memenuhi kesesuaian masyarakat Malaysia.
Fear Factor Selebriti Malaysia yang pertama

Secara umumnya, rancangan ini menguji tahap kekuatan fizikal mahupun tahap kekuatan mental para peserta. Para peserta akan di uji selama 13 minggu dengan pelbagai cabaran yang sudah pasti membuat para penonton yang menyaksikan berfikir dua kali mahupun lebih sebelum melakukan cabaran tersebut. Aspek yang diketengahkan dalam setiap cabaran melibatkan rasa ketakutan, ketinggian dan psikologi para peserta.

Aaron Aziz telah diberikan tanggung jawab untuk menjadi hos rancangan ini. Kehadiran Aaron Aziz sebagai pengacara pasti akan menggamit lebih ramai penonton untuk menyaksikan rancangan realiti ini.

Aaron Aziz - Pengacara berbadan sasa
FFSM melibatkan seramai 30 selebriti yang secara langsung membentuk sebanyak 15 pasukan. Antara peserta yang akan mewarnai rancangan ini ialah Gambit Saifullah, Zoey, Didie Alias, Dafi, Jehan Miskin, Kaka, Elfira Loy, Hairul Azreen, Farish Aziz, Azam Pitt, Ezlynn, Mejar Dr Faiz (Angkasawan dan Masterchef Selebriti Malaysia), Zawen Anwar, Hafizul (On Air), dan Johan As’ari.

Peserta FFSM yang terdiri daripada pelakon, pelawak, pengacara, penari, model, penyanyi dan chef

Wang sejumlah RM 200,000.00 menjadi taruhan buat pemenang. Selain hadiah utama, pemenang mingguan turut mendapat ganjaran sebanyak RM 10,000.00.

Sudah bersediakah anda untuk melihat cabaran yang bakal ditempuhi oleh para peserta FFSM? Siapakah selebriti yang bakal membawa pulang wang RM 10,000.00 setiap minggu dan siapakah yang akan dinobatkan sebagai pemenang rancangan "Fear Factor Selebriti Malaysia" yang pertama dan sekaligus meraih wang tunai RM 200,000.00. Jika YA, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan Fear Factor Selebriti Malaysia yang akan bersiaran pada setiap hari Sabtu bermula dari 29 December 2012 pada pukul 9.00 malam di Saluran Astro Ria (Ch 104) dan Saluran Mustika HD (Ch 134).


FANPAGE - https://www.facebook.com/FearFactorMalaysia
OFFICIAL WEBSITE -  http://www.astrogempak.com.my/fearfactor.aspx

Entri ini ditulis bagi "Projek 10 Blogger Eyriqazz.Com"

8 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Klik Disini

back to top

busuk