Jom Klik

Mari kita Qurban

Daddy.... Mummy... Harraz....

Daddy.... Mummy... Harraz....
Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Tuesday, February 26, 2013

Satu Minggu Satu Doa - Doa Masuk Tandas

Assalamualaikum....


Hari ini AmiRini nak kongsikan bersama doa masuk tandas... Kita semua pasti akan menggunakan tandas dalam kehidupan kita kan... Samada untuk mandi mahupun buat "urusan" kita...Doa masuk adalah doa pendinding untuk diri kita. Mengamalkan doa pendinding ini boleh memberikan kebaikan pada jasad dan jiwa kita. So marilah kita sama-sama berusaha untuk menjadikan doa pendinding ini sebagai amalan. Semoga kita semua dapat manafaat dari doa ini dan menjadikan kita insan yang cemerlang dan sentiasa mendapat perlindungan Allah SWT sepanjang masa.

 "Ya ALLAH, Aku berlindung kepadaMu dari segala kekotoran dan kejahatan"

Antara adab adab ketika hendak masuk tandas ialah:-

  1. Membaca doa seperti diatas
  2. Melangkah masuk menggunakan kaki kiri
  3. Menutup kepala
  4. Memakai selipar
  5. Tidak membaca dan membaca ayat Quran
Sampai kat sini dulu... Insya Allah lepas ni AmiRini kongsikan pula doa keluar tanda yer...

Selamat beramal semua...


Wednesday, January 2, 2013

Satu Minggu Satu Doa - Doa naik kenderaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Hari ini AmiRini nak kongsikan doa naik kenderaan... Mesti ramai para pembaca yang menggunakan kenderaan setiap hari... Baik untuk urusan kerja atau urusan peribadi... Pelbagai jenis kenderaan yang kita gunakan... bermula dari kenderaan sendiri hinggalah pengangkutan awam... AmiRini sendiri menggunakan kereta dan juga perkhidmatan awam untuk ke pejabat...
AmiRini nak share kan hadis ni:

Dari Ali bin Rabi’ah r.a telah berkata : “ Aku telah melihat (pada suatu hari) telah dibawa datang kepada Ali bin Abu Talib r.a. sebuah kenderaan (binatang) untuk ditungganginya, manakala beliau hendak meletak kakinya pada kenderaan tersebut, ia berkata. “Bismillah”, dan manakala beliau menaiki dan berada di atas kenderaan, ia membaca: 
 
(Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang menundukkan bagi kami kenderaan ini, pada hal kami tidak mampu mengendalikannya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kami, kami akan kembali. Surah Az-Zukhruf  13-14). kemudian ia berkata”Alhamdulillah” sebanyak tiga kali, kemudian “Allahu Akbar” tiga kali, kemudian berkata : “Maha Suci Engkau, sesungguhnya akau telah menzalimi diriku, oleh itu ampunkanlah dosaku, sesungguhnya tidak ada yang boleh mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau.” Lalu Ali ketawa, maka dikata kepadanya: “Ya Amirul Mukminin! Mengapa kau ketawa? Jawab Ali: “ Aku telah melihat Rasulullah SAW melakukan sebagaimana apa yang aku lakukan, kemudian baginda ketawa, lalu aku berkata:” Wahai! Rasulullah SAW , kenapa Engkau ketawa? Jawab baginda: “Sesungguhnya Tuhan Engkau Maha suci, merasa hairan dengan hambaNya apabila hambaNya berkata : “Ampunlah dosa-dosaku”, itu menunjukkan hambaKu yakin bahawa tidak ada yang boleh mengampunkan dosa-dosa selain dariKu.” (Riwayat Abu Daud dan Al Tirmiziy, kata Al Tirmiziy: Hadith Hasan Sahih)
Untuk menambahkan keberkatan kita dalam perjalanan kita... marilah kita sama sama membaca doa ini...


Semoga usaha kita akan mendapat rahmat dari Allah dan Allah menyelamatkan perjalanan kita ini...


P/S: hadis dipetik daripada buku "Himpunan Hadith-Hadith / Adab-Adab Seorang Mukmin (1)" oleh Abd Muein Abd Rahman.

Tuesday, December 18, 2012

Satu Minggu Satu Doa - Doa Dipermudahkan Urusan

Assalamualaikum Semua....

Harap semua berada dalam keadaan yang sihat luaran dan dalaman.

Agak lama aku tidak mengemaskini tentang perkongsian doa ini...

Entri aku yang terakhir - Satu Minggu Satu Doa - Doa Sebelum Tidur.

Insya Allah dikesempatan yang aku ada ini.. aku cuba berkongsi lagi...

Seperti kita tahu... kehidupan kita penuh dengan misteri... kita tidak tahu apa yang akan berlaku....

Kita merancang untuk kebaikan seharian.. tapi Allah lebih mengetahuinya.

 "Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa) dan Allah pula membalas tipu daya (mereka) dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya. ( Surah Ali Imran ayat 54) 


Oleh sebab yang demikian, marilah kita sama sama menadah tangan berdoa supaya Allah mempermudahkan segala urusan kita...

 "Ya Allah tidak ada kemudahan kecuali sesuatu Yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki"

 So marilah kita ambil masa yang diberikan oleh Allah dan bermohon kepadaNya untuk diberikan kemudahan dalam pa jua yang kita lakukan. Carilah waktu yang mustajab berdoa. Aku ada kongsikan juga waktu yang mustajab doa kat sini Satu Minggu Satu Doa - Waktu Mustajab Doa.

 Semoga perkongsian ini akan membawa kita kepada kejayaan.

Amiin...
P/S: kalau rasa perkongsian ini berguna.. sila la like kat FB yer...
"Dari Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sampaikan dariku walau satu ayat!"
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)
Semoga semua mendapat rahmat dari Allah diatas perkongsian ini.




Assalamualaikum...

Tuesday, September 11, 2012

SAtu Minggu Satu Doa - Doa Sebelum Tidur

Assalamualaikum Semua.....

Kalau minggu lepas kita telah berkongsi tentang doa bangun tidur, so hari ini mari kita semua berkongsi tentang doa sebelum kita tidur.
"Ya ALLAH dengan namaMu hamba hidup, dan dengan namaMu hamba mati"


Adab adab yang dilakukan sebelum kita tidur:
  1. Bersuci (berwudhu dan bersiwak)
  2. Berniat utk melakukan ibadat di waktu bangun tidur nanti.
  3. Jika ingin menuliskan wasiat utk keluarga, tulis sebelum tidur kerana kemungkinan kita meninggal dunia semasa tidur.
  4. Hendaklah bertaubat sebelum tidur, bersih hati terhadap semua kaum muslimin, tiada menyimpan dendam dan berazam untuk tidak melakukan maksiat apabila terbangun nanti.
  5. Hendaklah jangan terlalu mengambil berat tentang tempat tidurnya supaya ianya empuk dan halus.
  6. Jangan memaksa mata untuk tidur jika tidak mengantuk, kecuali jika bermaksud untuk senang bangun beribadah di waktu malam.
  7. Hendaklah tidur dengan rusuk sebelah kanan menghadap ke arah kiblat.
  8. Membaca surah al-ikhlas, surah al-falaq, an-nas, dan sesudah baca sembur ke tangan dan sapukan tangan pada wajah dan seluruh badan. Selanjutnya boleh membaca ayat kursi dan membaca Subhanallah 33 kali, alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 33 kali.
  9. Hendaklah mengingati bahawa tidur itu semacam mati, manakala bangunnya seakan ba'ats (kebangkitan/hidup kembali). Dan hendaklah menyakini pula bahawa manusia itu diwafatkan atas adat kebiasaannya, samada dalam hatinya mencintai ALLAH ataupun bersarang di dalam hatinya cinta kepada dunia dan kelak ia akan dibangkitkan seperti ia dimatikan.
  10. Berdoa ketika bangun tidur - Doa bangun tidur

Marilah kita beramal dengan ilmu ini dengan apa yang kita mampu...

Ok... Selamat beramal yee...
 

Tuesday, September 4, 2012

Satu Minggu Satu Doa - Doa bangun dari tidur

Assalamualaikum Semua....

Pagi ini aku nak kongsi doa bangun tidur....

"Segala puji bagi ALLAH yang menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepadaNya kami kembali"


Amalan yang Rasulullah lakukan ketika bangun tidur untuk renungan bersama dan amalan kita semua:

  1. Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bangun dari tidur, baginda duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangan.” (HR. Muslim)
  2. Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bangun dari tidur, baginda membersihkan mulutnya dengan bersiwak.” (HR. Bukhari dan Muslim)
  3. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Apabila kamu bangun dari tidur, janganlah memasukkan tangannya ke dalam bekas air sebelum dia mencucinya tiga kali.” (HR. Bukhari dan Muslim)
  4. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Apabila kamu bangun dari tidur, beristintsaarlah (memasukkan air ke dalam hidung) tiga kali kerana syaitan bermalam di rongga hidung.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Semoga kita dapat mengamalkan apa yang termampu...

So sampai berjumpa lagi.... Assalamualaikum...



























Thursday, August 23, 2012

Satu Minggu Satu Doa - Waktu Mustajab Berdoa


Assalamualaikum Semua....

Last week kita dah cerita mengenai Adab Adab Berdoa so hari ini kita continue pasal doa.. Hari ni kita share mengenai waktu mustajab berdoa...


Hasil dari pembacaan aku (101 Do'a Daripada Hadis Hadis Sahih Karangan Ustaz Dr Zahazan Mohamed) ini adalah antara 22 waktu waktu yang mustajab untuk kita berdoa....

1.Berdo’a sewaktu hujan turun.
“Berdo’alah pada waktu mustajab do’a iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun” (Hadis Riwayat Abu Daud).


 2.Ketika hendak bersolat berdasarkan hadis diatas.

3.Selesai membaca al-Fatihah dalam solat.

4.Selepas mengucapkan ‘Amin’ apabila selesai membaca surah al-Fatihah.
“Apabila imam mengatakan ‘Amin’, maka ucapkanlah ‘Amin’. Sesiapa yang mengucapkan ‘Amin’ bersama dengan para malaikat, diampunkan dosa yang telah lalu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 

5.Pada waktu tengah malam, terutama sepertiga malam yang terakhir.
“Allah s.w.t. turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : ‘Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Ku makbulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon ampun untuk Ku ampunkan?” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 

6.Waktu di antara azan dan iqamah.
“Tidaklah ditolak do’a di antara azan dan iqamah.” (Hadis Riwayat Tirmizi). 

7.Ketika sujud dalam solat.
“Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah pada waktu sujud, maka perbanyakkanlah berdo’a.”
(Hadis Riwayat Muslim).

8.Selepas berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dalam tahiyat akhir. 

9.Selesai solat fardu.
“Ditanya kepada Rasulullah s.a.w., ‘Do’a manakah yang didengar (Allah)’ Sabda baginda, “Do’a itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu.” (Hadis Riwayat Tirmizi).

10.Sepanjang waktu berpuasa.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Tiga bentuk do’a yang dimustajabkan Allah; do’a ibu bapa terhadap anak, do’a orang yang berpuasa dan do’a orang yang bermusafir.” (Hadis Riwayat Baihaqi) 

11.Malam al-Qadar berlaku pada bulan Ramadhan. 

12.Ketika khatam 30 juz al-Qur’an.



13.Sepanjang hari Jumaat itu, dengan harapan bersua dengan waktu mustajab do’a.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Pada hari Jumaat itu, ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon kepada Allah sesuatu, maka akan diberikan-Nya”. (Hadis Riwayat Bukhari).

14.Sepanjang perjalanan semasa bermusafir.
“Tiga bentuk do’a yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu ; do’a orang yang teraniaya, do’a orang yang bermusafir dan do’a ibu bapa terhadap anaknya.” (Hadis Riwayat Abu Daud). 

15.Pada hari ‘Arafah iaitu 9 Zulhijjah.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Sebaik-baik do’a adalah pada hari ‘Arafah, dan sebaik-baik do’a yang aku dan para nabi yang lain ucapkan ialah (maksudnya) : ‘Tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu’. (Hadis Riwayat Tirmizi) 



16.Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah.
“Orang yang berjihad pada jalan Allah dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu Allah, Dia menyeru (memerintahkan) mereka dan mereka menjawabnya (menunaikannya) mereka berdo’a kepada Allah lalu Allah terimanya.” (Hadis Riwayat Ibn Majah) 

17.Ketika iman meningkat kerana berbuat taat.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, “…dan adalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan ibadah yang sunat hingga Aku mencintainya, jika Aku sudah mencintainya, Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar dan penglihatannya yang dengannya dia melihat dan tangannya yang dengannya dia menyentuh dan kakinya yang dengannya dia melangkah, dan jika dia meminta akan Kuberikan dan jika dia meminta perlindungan nescaya akan Kulindungi.”

18.Waktu menerima ujian. 


“Atau siapakah yang memperkenankan do’a orang yang menderita apabila ia berdo’a kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit antara kamu yang mengingati  nikmat Allah itu (Surah al-Naml ayat 62)

19.Ketika berperang kerana Allah.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Dua jenis do’a yang tidak akan ditolak oleh Allah s.w.t. atau jarang-jarang sekali ditolak; do’a sewaktu azan dan ketika berlakunya peperangan.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)

20.Ketika menghadiri penyelenggaraan jenazah.
Ummu Salamah r.ha. melaporkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila engkau menziarahi orang yang sakit atau menziarahi jenazah, berkatalah hal yang baik-baik, kerana para malaikat mengaminkan apa yang kamu katakan itu.” (Hadis Riwayat Muslim)

21.Selepas saat kematian seseorang.
Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.ha. bahawa Nabi s.a.w. menziarahi jenazah Abu Salamah r.a lalu menutup matanya. Baginda bersabda maksudnya, “Sesungguhnya roh seseorang yang keluar dari jasadnya akan diekori oleh mata.” lalu baginda bersabda lagi yang bermaksud : “Janganlah kalian berdo’a untuk diri kalian melainkan perkara yang baik sahaja kerana malaikat mendo’akan untuk kalian.” Baginda kemudiannya mendo’akan untuk Abu Salamah r.a”.

22. Ketika ayam berkokok.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila kamu mendengar ayam berkokok, mohonlah anugerah-Nya, kerana ayam itu melihat malaikat.” (Hadis Riwayat Bukhari)    Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita berusaha untuk berdo’a diwaktu-waktu mustajab do’a. Semoga dengan ikhtiar kita yang sedikit ini Allah perkenankan do’a-do’a kita dan meletakkan diri kita bersama barisan hamba-hamba-Nya yang di redhai di dunia dan akhirat

Marilah kita sama sama berdoa di antara waktu waktu ini... Semoga doa yang kita ucapkan akan qabulkan oleh ALLAH SWT....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Klik Disini

back to top

busuk