Jom Klik

Mari kita Qurban

Daddy.... Mummy... Harraz....

Daddy.... Mummy... Harraz....
Showing posts with label Haji. Show all posts
Showing posts with label Haji. Show all posts

Sunday, December 23, 2012

Makkah... Tercipta Kenangan Terindah - Part 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pembaca blog aku...

Alhamdulillah... Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam... Insya Allah, hari ini... aku hendak kongsikan  lagi pengalaman aku dan wife semasa berada di tanah suci bagi menunaikan ibadah haji...
Kalau anda belum baca entri pertama aku... maka anda boleh membacanya di SINI.

Topik aku pada hari ini ialah... lawatan ke kediaman Prof Kamil... Penulis buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman, Travelog Dakwah Meniti Hari Esok, 50 Tip Motivasi Haji dan yang terbaru Bersyukur Saat Diuji.

Semasa kami berada di Malaysia... Kami telah mula berhubung dengan beliau dan kami telah menyatakan hasrat kami untuk ke menziarahi Prof semasa berada di Madinah.... Alhamdulillah... Prof Kamil telah bersetuju. Sebagai tanda setuju, Prof telah memberikan nombor telefon beliau dan kami akan menghubungi beliau setelah sampai di Madinah.

Setibanya kami di Madinah... kami mula menghubungi Prof Kamil.. Secara ringkasnya.... Kami telah berjanji untuk berjumpa pada 19hb September 2012.. Kami berjumpa selepas Solat Isya' di Masjid Nabawi... Lebih kurang pukul 8.15 malam, kami telah selamat sampai di rumah Prof Kamil di Jabar Uhud... 


Seramai 6 orang telah menjadi tetamu Prof Kamil pada malam itu... Dan kami merupakan kumpulan pertama jemaah haji yang dijemput sebagai tetamu Prof... Mungkin entri INI akan menjelaskan kenapa kami menjadi tetamu Prof yang pertama...Terima kasih Prof kerana sudi menerima kami sebagai tetamu... Setelah sampai... kami di berikan layanan yang cukup istimewa... Bermula dengan tazkirah sehinggalah kepada jamuan makan malam yang istimewa.. Tazkirah Prof banyak mengisarkan perjalanan kami selepas mendapat gelaran atau title Haji dan Hajjah.. Apa yang kami akan buat dan bagaimana caranya untuk selepas kembalinya di tanah air...

Banyak input dari Prof yang telah menyedarkan kami... Terima kasih Prof... Kami sekeluarga tidak akan lupa akan nasihat prof ini...

Dalam masa yang sama... aku sempat mengambil kesempatan meminta Prof menandatangani buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman milik kami... Hehehe... bukan senang nk dapat tu....

Sebelum kami balik ke hotel, kami semua disajikan dengan hidangan yang cukup enak.. Nasi Mandi hasil air tangan Puan Roza (isteri Prof)... Serius... memang sedap.... Terima Kasih Puan Roza....

Selepas kami selesai makan... Maka sesi berfotografi dimulakan.. sebagai kenangan kami....


Kenangan Terindah... Semoga Allah pertemukan kami semua sekali lagi...


P/S: Menjadi kebiasaaan orang Arab Wanita untuk berpakaian gelap (hitam) dan Orang Arab Lelaki berpakaian Putih... 
Aku tetap nampak segak walaupun mengenakan pakain hitam... Perasan

Minta diri dulu.... Assalamualaikum semua...

Thursday, December 13, 2012

Makkah.... Tercipta Kenangan Terindah

Assaslamualaikum dan salam sejahtera buat semua....


Sambil buat kerja aku yang tertunggak kat opis ni... sempat gak aku layan gambar gambar yang ada dalam laptop ni...
Subhanallah...Cantik... Indah... Menakjubkan... itulah yang dapat aku gambarkan tentang keindahan bumi Makkah dan Madinah...
Terus... aku teringat pada ENTRY ni... Ya.... aku pernah ckp utk kongsi pengalaman aku... Insya Allah aku akan berkongsi sekadar termampu... Bukan dengan niat riak tetapi untuk mengagungkan kebesaran Allah.
Aku dan wife merupakan Jemaah Haji KT 01. Mengikut jadual Tabung Haji.. penerbangan awal akan tiba di Madinah dan akan berada di sini selama 8 hari bagi mendapat pahala 40 kali solat berjamaah di Masjid Nabawi... Banyak kenangan yang aku dan wife dapat semasa di sini... Antaranya ialah.. tercipta ikatan ukhwah antara kami 6 orang (3 pasangan).

Pasangan pertama Haji Hakim dan Hajah Habsah.
Hajah Habsah & Haji Hakim
 Pasangan kedua Haji Alwar dan Hajah Normazian (ustazah)

Haji Alwar & Hajah Normazian
dan yang terakhir adalah aku dan wife...


Hubungan ini menjadi rapat sehinggakan kepada kami pergi... pasti akan bersama...

Semasa di Pasar Kurma

Ketika dalam ihram untuk menunaikan ibadah umrah

Ketika ziarah luar di kota Madinah
Byk lagi yg aku nk kongsikan... Tp aku rasa cukup la setakat ni jer entry aku... So korang stay tuned yer...
Assalamualaikum...

Monday, November 5, 2012

Syukurku kepadamu Ya Allah

Assalamualaikum semua.... Semoga kita semua berada dalam kasih sayang serta rahmat Allah...
Lama dah aku tinggalkan blog ni... almost 2 months... semua dah penuh dengan sesawang...
Dan almost 2 months gak la aku dan wife tinggalkan bumi Malaysia serta insan yang kami kasihi kerana menyahut panggilan Allah bagi menunaikan fardhu haji tahun 2012 ini....
 
Segala puji bagi Allah yang telah memudahkan segalanya perjalanan hambanya....
Pada tanggal 1 Nov 2012... Aku dan wife telah selamat sampai ke bumi Malaysia dan berada kembali di samping keluarga tercinta....
Ia merupakan satu pengalaman yang amat bermakna kepada aku serta wife... 
Terima kasih ya Allah kerana memberi kami peluang ini...
Insya Allah... akan aku kongsikan pengalaman kami menunaikan ibadah haji di usia muda ini...

Monday, September 10, 2012

KT 01 - Penerbangan Pertama Jemaah Haji Malaysia

Assalamualaikum Semua....


Alhamdulillah.. Segala puji bagi ALLAH tuhan sekalian alam....

6 hari lagi untuk ke 16hb September 2012... Aku dan isteri menghitung hari... 

Tarikh keramat buat aku dan isteri kerana kami akan melapor diri di Kelana Jaya pada 9.30 malam...

Aku dan isteri telah mendapat penerbangan yang pertama - KT 01...

Kami akan berangkat ke tanah suci pada 17 Sept 2012 pada pukul 1.30 pagi....

Berdebar... Takut dan dalam masa yang sama kami terlalu gembira untuk menyambut panggilan Agung ini...

Ya ALLAH... terlalu besar anugerah Mu ini kepada kami....

Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon jasa baik pembaca semua untuk mendoakan kesejahteraan kami semasa di tanah suci serta mendoakan keselamatan kami semasa pergi dan balik...dan mendoakan semoga kami mendapat haji yang mabrur...

Sunday, September 2, 2012

Kursus Haji Perdana 2012 - Selangor

Assalamualaikum Semua....

Alhamdulillah... Segala puji bagi ALLAH.... Semuanya berjalan lancar... Aku dan isteri telah menjalankan praktikal haji secara real di Masjid Negeri - Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam pada 1 & 2 September 2012....

Secara ringkas... Kursus Haji Perdana ini diadakan sebagai persiapan bagi bakal jemaah haji untuk menjalani ibadah haji di Mekah... Kursus ini mengadakan praktikal yang keadaan hampir sama semasa mengerjakan Haji nanti...

Semua ibadah dijalankan dengan bimbingan mutawif serta guru guru agama yang banyak pengalamannya...
Ketua mutawif ialah Yang Berbahagia Dr Hj Sapawi Che Mat....

Dr Haji Sapawi Bin Che Mat

Jazakallahu khairan kathira kepda para pemimbing kami.....

Kursus kami bermula pada 1 September 2012 dengan Tawaf diikuti dengan Saie Umrah ( untuk Haji Tammatu') kemudian bergunting bagi mendapatkan tahallul.... Aktiviti ini diadakan di sebelah petang...



Kemudian disebelah malam, ceramah haji serta ibadah mabit di mudzalifah.. melontar Jamratul Qubra serta mabit di mina... Kemudian diikuti pula dengan melontar di 3 jamrah pada hari tasyrik (Jamrah Sugro, Jamrah Wusto dan Jamrah Qubra)... Kami selesai sesi praktikal pada pukul 12.15 malam...

Pada 2 September 2012, kami bermula dengan Qiyamullail... dan solat subuh.... Selepas solat subuh... sesi soal jawab di adakan bagi menjawab segala persoalan ibadah haji... Segala persoalan di jawab dengan baik oleh para pemimbing...

Selepas itu acara perasmian penutup telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj - Sultan Selangor Darul Ehsan...

DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj
So kursus kami berakhir dalam pukul 12.30 ptg... so aku and my wife pun segera pulang untuk berjumpa dengan buah hati kami...

Aku tak dapat snap gambar sangat tp adalah sikit... so korang layan yer...

Tawaf
Dalam pakaian ihram

Sesi soal jawab

Me with wife
Our Jantung Hati - Harraz



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Klik Disini

back to top

busuk