Jom Klik

Mari kita Qurban

Daddy.... Mummy... Harraz....

Daddy.... Mummy... Harraz....

Sunday, September 2, 2012

Kursus Haji Perdana 2012 - Selangor

Assalamualaikum Semua....

Alhamdulillah... Segala puji bagi ALLAH.... Semuanya berjalan lancar... Aku dan isteri telah menjalankan praktikal haji secara real di Masjid Negeri - Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam pada 1 & 2 September 2012....

Secara ringkas... Kursus Haji Perdana ini diadakan sebagai persiapan bagi bakal jemaah haji untuk menjalani ibadah haji di Mekah... Kursus ini mengadakan praktikal yang keadaan hampir sama semasa mengerjakan Haji nanti...

Semua ibadah dijalankan dengan bimbingan mutawif serta guru guru agama yang banyak pengalamannya...
Ketua mutawif ialah Yang Berbahagia Dr Hj Sapawi Che Mat....

Dr Haji Sapawi Bin Che Mat

Jazakallahu khairan kathira kepda para pemimbing kami.....

Kursus kami bermula pada 1 September 2012 dengan Tawaf diikuti dengan Saie Umrah ( untuk Haji Tammatu') kemudian bergunting bagi mendapatkan tahallul.... Aktiviti ini diadakan di sebelah petang...



Kemudian disebelah malam, ceramah haji serta ibadah mabit di mudzalifah.. melontar Jamratul Qubra serta mabit di mina... Kemudian diikuti pula dengan melontar di 3 jamrah pada hari tasyrik (Jamrah Sugro, Jamrah Wusto dan Jamrah Qubra)... Kami selesai sesi praktikal pada pukul 12.15 malam...

Pada 2 September 2012, kami bermula dengan Qiyamullail... dan solat subuh.... Selepas solat subuh... sesi soal jawab di adakan bagi menjawab segala persoalan ibadah haji... Segala persoalan di jawab dengan baik oleh para pemimbing...

Selepas itu acara perasmian penutup telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj - Sultan Selangor Darul Ehsan...

DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj
So kursus kami berakhir dalam pukul 12.30 ptg... so aku and my wife pun segera pulang untuk berjumpa dengan buah hati kami...

Aku tak dapat snap gambar sangat tp adalah sikit... so korang layan yer...

Tawaf
Dalam pakaian ihram

Sesi soal jawab

Me with wife
Our Jantung Hati - Harraz



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Klik Disini

back to top

busuk