Jom Klik

Mari kita Qurban

Daddy.... Mummy... Harraz....

Daddy.... Mummy... Harraz....

Monday, March 25, 2013

Perginya sebutir permata - Ustaz Muhammad Uthman El Muhammady

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada tanggal 25 Mac 2013, sebutir permata telah pergi meninggalkan kita semua. Beliau yang dimaksudkan tidak lain ialah Ustaz Dr Muhammad Uthman El Muhammady...

Allahyarham Dr Muhammad Uthman El Muhammady

Disini, AmiRini menceritakan secara ringkas mengenai Allahyarham (info daripada Wikipedia).

Ustaz Muhammad ‘Uthman El-Muhammady dilahirkan di Kampong Telok, Panji, Kota BharuKelantan Darulnaim pada 1 Februari 1943. Allahyarham adalah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1426 H pada 10 Februari 2005.
Allahyarham mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu, sebelum memasuki Special Malay Class pada tahun 1943 di Sekolah Sultan Ismail, yang kemudiannya menjadi Maktab Sultan Ismail, atauSultan Ismail College hingga ke Tingkatan 5. Allahyarham kemudian mengambil Higher School Certificate (HSC) di Kolej Sultan Abdul Hamid , Alor Star Kedah. Sebuah kolej yang melahirkan dua Perdana Menteri ulung negara, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Dr Mahathir Mohammad.
Pada tahun 1963, allahyarham memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat B.A. dalam Pengajian Islam tahun 1966. Kemudian allahyarham menjadi tutor dan mendapat M.A. tahun 1969.
Allahyarham terus mengajar di Jabatan Pengajian Islam UM hingga ke tahun 1973 apabila allahyarham kembali ke Kelantan untuk menumpu masa sebagai seorang penulis dan pendakwah bebas hingga sekarang.
Pada tahun 1995, allahyarham dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D. Litt.) oleh Universiti Sains Malaysia (USM) kerana usaha-usaha dan penulisannya dalam pemikiran Islam dan dakwah.
Minat kajian allahyarham adalah di dalam:
·         Bidang ilmu-ilmu Islam dan falsafah Barat
·         Pemikiran semasa dan pandangan Islam tentangnya
·         Akidah Sunni, faham ilmunya dan pandangan hidupnya

Allahyarham banyak menumpukan masanya di dalam masyarakat setempat dengan melaksanakan pengajian kitab di masjid-masjid sekitar Pasir Mas dan Kota Bharu, Kelantan selain dari menunaikan jemputan ceramah di merata tempat.

Di antara penulisannya yang telah dihasilkan allahyarham ialah:
·         “Al-Quranul-Karim, terjemahan dan Huraian Maksud”-terjemahan dan huraian tambahan atas tafsir Inggeris oleh Abdullah Yusuf Ali, keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (5 jilid).
·         “Fathul Mu’in, terjemahan dan Huraian Maksud”, terbitan Majlis Ugama Islam Negeri Kelantan, Kota Bharu, Kelantan.
·         “Peradaban dalam Islam” terbitan Pustaka Aman Press, Kota Bharu, edisi 1976 dan beberapa cetak-ulang.
·         “Memahami Islam" terbitan Pustaka Aman Press, Kota Bharu, Kelantan, 1977.
·         “Islam, Peribadi, Tarbiah dan Institusi” terbitan Majlis Ugama Islam Kelantan, 1987.
·         “Islam dan Kebudayaan” risalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berdasarkan kepada wacana tentang kebudayaan yang disampaikan pada tahun 1989 di Kuala Lumpur.

Allahyarham meniggal dunia di kediamannya di Taman Duta, Kuala Lumpur. Allahyarham meninggalkan balu, Mariam Hussein, 65, serta 12 anak berusia antara 20 hingga 40-an.
Jenazah beliau akan disembahyangkan di Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak dan dijangka dikebumikan selepas solat zuhur di Tanah Perkuburan Islam UIA hari ini.


Al Fatihah... Semoga roh beliau dirahmati ALLAH...

9 comments:

  1. Al Fatihah.. banyak dah ulama yang meninggal dunia sekarang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul.... Byk ulama telah pergi... Tanda2 awal kiamat makin hampir

      Delete
  2. innalillahiwainnailaihirojiun. moga rohnya bersama-sama dengan orang-orang yang beriman.

    ReplyDelete
  3. alfatihah. serentak dengan 2 orang tokoh agama yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.. dan ditempatkan bersama ahli syurga...

      Delete
  4. pendakwah, ulamak dan ahli fikir Islam terbaik yg pernah dilahirkan Malaysia...kebolehannya menguasai bahasa Inggeris,Arab dan Melayu menyebabkan ianya amat dikagumi dan menjadi pendakwah agama Islam yang tulen...alfatihah!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Klik Disini

back to top

busuk