Jom Klik

Mari kita Qurban

Daddy.... Mummy... Harraz....

Daddy.... Mummy... Harraz....

Wednesday, January 2, 2013

Satu Minggu Satu Doa - Doa naik kenderaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Hari ini AmiRini nak kongsikan doa naik kenderaan... Mesti ramai para pembaca yang menggunakan kenderaan setiap hari... Baik untuk urusan kerja atau urusan peribadi... Pelbagai jenis kenderaan yang kita gunakan... bermula dari kenderaan sendiri hinggalah pengangkutan awam... AmiRini sendiri menggunakan kereta dan juga perkhidmatan awam untuk ke pejabat...
AmiRini nak share kan hadis ni:

Dari Ali bin Rabi’ah r.a telah berkata : “ Aku telah melihat (pada suatu hari) telah dibawa datang kepada Ali bin Abu Talib r.a. sebuah kenderaan (binatang) untuk ditungganginya, manakala beliau hendak meletak kakinya pada kenderaan tersebut, ia berkata. “Bismillah”, dan manakala beliau menaiki dan berada di atas kenderaan, ia membaca: 
 
(Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang menundukkan bagi kami kenderaan ini, pada hal kami tidak mampu mengendalikannya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kami, kami akan kembali. Surah Az-Zukhruf  13-14). kemudian ia berkata”Alhamdulillah” sebanyak tiga kali, kemudian “Allahu Akbar” tiga kali, kemudian berkata : “Maha Suci Engkau, sesungguhnya akau telah menzalimi diriku, oleh itu ampunkanlah dosaku, sesungguhnya tidak ada yang boleh mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau.” Lalu Ali ketawa, maka dikata kepadanya: “Ya Amirul Mukminin! Mengapa kau ketawa? Jawab Ali: “ Aku telah melihat Rasulullah SAW melakukan sebagaimana apa yang aku lakukan, kemudian baginda ketawa, lalu aku berkata:” Wahai! Rasulullah SAW , kenapa Engkau ketawa? Jawab baginda: “Sesungguhnya Tuhan Engkau Maha suci, merasa hairan dengan hambaNya apabila hambaNya berkata : “Ampunlah dosa-dosaku”, itu menunjukkan hambaKu yakin bahawa tidak ada yang boleh mengampunkan dosa-dosa selain dariKu.” (Riwayat Abu Daud dan Al Tirmiziy, kata Al Tirmiziy: Hadith Hasan Sahih)
Untuk menambahkan keberkatan kita dalam perjalanan kita... marilah kita sama sama membaca doa ini...


Semoga usaha kita akan mendapat rahmat dari Allah dan Allah menyelamatkan perjalanan kita ini...


P/S: hadis dipetik daripada buku "Himpunan Hadith-Hadith / Adab-Adab Seorang Mukmin (1)" oleh Abd Muein Abd Rahman.

28 comments:

  1. Salam Amirini..Eh ni nama ke? Haha..

    Thanks share yer. Alhamdulillah banyak ilmu dapat dari blog ni. Semoga sentiasa gembira di samping keluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. AmiRini... Ada rahsia disebaliknya...
      Terima kasih... harap Qashmere akan terus mengikuti blog sya ni...
      Amiin...

      Delete
  2. cikgu selalu baca doa yang pertama tu. tapi kena hati2 skit, cikgu perati ada yg tak perasan tersilap kat kalimah 'lamunqalibun' tu.....orang selalu tersilap panjangkan'qa'tu--->lamunqaaalibun yg sepatutnya lamunqalibun...

    thanks ye amirini atas perkongsian ni ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih CeqGu... Insya Allah kita ingat mengigati... Semoga kita semua mendapat hidayah dariNya...

      Delete
  3. Antara doa yang 'ter'hafal dari kecik selain doa makan. Hehe

    p/s:.. la... hasben izrini fizik ke... kecik dunia ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husband tu saya la. My wife yg keje sana. Yes. Dia fizik

      Delete
    2. Hahaha.. Tersilap cakap... Ayat sebenar 'isterinya izrini fizik ke'... Hehe

      Delete
  4. Doa yg first sekali tu memang hari2 saya baca..Alhamdulillah..terima kasih atas perkongsian ilmu n ya..:)

    ReplyDelete
  5. Sama sama... Marilah kita ingat mengingati antara satu sama lain...

    ReplyDelete
  6. TQ sharing, sama2 ingat mengingati :D

    ReplyDelete
  7. terima kasih kerana share doa ini bro..
    sebenarnya saya selalu sahaja lupa baca doa naik kenderaan..
    pakai bismillah sahaja :3

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum amirini....mekacih atas perkongsian ini...:)

    ReplyDelete
  9. amin..... terima kasih bro sebab berkongsi :)

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum....

    semoga Allah selamatkan perjalanan kita waktu cuti begini,ke mana saja...pergi dan blk...selamat berhujung minggu ye...

    ReplyDelete
  11. Nice... Saya pom tak hafal doa nie.. Bagus la... Nanti ke hafal nie...

    ReplyDelete
  12. tq sharing..kita suka kalau dapat info yang mcm nie..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Klik Disini

back to top

busuk