Alhamdulillah... Segala puji bagi ALLAH tuhan sekalian alam...
Hari ini aku nak share mengenai 5 perkara... Aku rasa semua orang pernah mendengar mengenainya... so hari ni kita refresh ilmu yang kita ada yee....
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Rebutlah LIMA PERKARA sebelum datangnya LIMA
PERKARA. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum
datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba
masa mati."
(Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
Janganlah bertangguh-tangguh dalam berbuat kebaikan dan rebutlah 5
perkara sebelum datangnya 5 perkara.
- Beribadatlah, dan lakukanlah ibadat sunat disamping ibadat fardhu semasa sihat sebelum datangnya kesakitan.
- Bersedekahlah semasa masih kaya (berharta) sebelum ditimpa kemiskinan.
- Berzikirlah sewaktu masih mempunyai kelapangan sebelum dilanda kesibukan, misalnya di waktu pagi sebelum melakukan kerja-kerja harian dan di waktu petang setelah selesai bekerja.
- Carilah keperluan dunia dan akhirat semasa masih muda dan mempunyai kekuatan tenaga sebelum datangnya tua dan tidak mempunyai kekuatan.
- Beramallah di sini (semasa berada di dunia) semasa hidup kerana ia berguna selepas kematian nanti (semasa di akhirat). Di sana kita tidak lagi dapat beramal.
Thanks kerana mengingatkan
ReplyDeleteinsyaAllah sentiasa jadikan peringatan bersama2. kadang kita mudah lupa...
ReplyDeleteGood untuk peringatan diri.. thanks brother..
ReplyDeletekadang2 kita terlalu leka dgn hal dunia..
Nice sharing, ingat mengingati kerana kita kadangkala seringkali terlupa kan ;)
ReplyDeletep/s: MJ takdak apa2 tip sebab masih kategori baru, yang penting rajin terutama bila BE masuk, boleh tambah income ;)