Harap2 semua berada dalam keadaan sihat walafiat... Dah hampir kita kepada penghujung Ramadhan...
Sedih rasanya hati ini nak berpisah dengan Ramadhan... Rasa amalan yang aku buat x banyak je.....
Mana qiyamullail... mengaji... zikir... banyak amalan yang xdapat aku buat dengan family....
hmm... teringat kata ustaz aku masa kat Universiti Tun Hussein Onn (UTHM)... masa belajarlah kita senang
nak dekat dengan ALLAH.... Bila dah kerja... masa lapang terlalu pendek rasanya... even masa cuti pun
kena ingat kerja...Sibuk memanjang.... Teringat hadis ini...
"Manfaatkanlah lima masa sebelum datang lima
masa; Masa hidup kamu sebelum datang saat mati kamu,
masa sihat kamu sebelum
datang masa sakit kamu, masa lapang kamu sebelum datang masa sibuk kamu,
masa
muda kamu sebelum datang masa tua kamu, masa kamu kaya sebelum datang masa kamu
ditimpa
miskin." (Hadis riwayat Imam al-Hakim dan al-Baihaqi dari
Ibnu Abbas r.a.)
Semoga aku dan keluargaku akan dipertemukan dengan Ramadhan akan datang.... Dan semoga ALLAH
kurniakan kami masa untuk beribadah kepadaNya...
Harap amalan yang dilakukan dibulan ini akan dapat berterusan (istiqamah).. kerana ALLAH suka kepada
orang yang istiqamah....
semoga kita sempat di ramadhan akan datang. selamat hari raya n maaf zahir batin
ReplyDeleteInsyaALLAH... Semoga kita dipertemukan kembali dengan ramadhan almubarak... Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin juga buat tuan DH....
ReplyDelete