Jom Klik

Mari kita Qurban

Daddy.... Mummy... Harraz....

Daddy.... Mummy... Harraz....

Sunday, December 1, 2013

Paul Walker Death - Fast and Furious Actor Died in Car Accident

Paul Walker 

1 Dec 2013 : Pelakon utama bagi filem "FAST & FURIOUS", Paul Walker atau lebih dikenali sebagai Brian O'Connor telah disahkan meninggal dunia.
Kematian beliau disebabkan oleh kemalangan jalan raya sebentar tadi Santa Clarica. Difahamkan, Paul dalam usaha mengutip dana bagi membantu mangsa Taufan Haiyan di Filipina.
Menurut sumber, Paul merupakan penumpang didalam kereta Porshe berwarna milik rakannya telah melanggar tiang lampu dan pokok sebelum terbakar dan meletup yang mengakibatkan kedua dua mangsa terbunuh di tempat kejadian...

Keadaan kereta Porshe tersebut
So... sape la akan gantikan watak Brian O'Connor ni nanti... Silap silap pengarah akan buat cerita pasal anak dia plak...


Monday, September 9, 2013

Kenangan Mengusik Jiwa...

Assalamualaikum... 

Agak lama juga AmiRini tidak dapat update blog ini...
Hari ini... cuba luangkan masa sikit sementara tunggu response dari oversea...
Hati terusik bila melihat duyufur rahman di TV1 malam tadi... 
Teringat kenangan AmiRini bersama wife semasa menjalankan ibadah ini... 
Pantas... sudah hampir setahun kami menjadi Duyufur Rahman... Tapi kenangan masih segar diigatan kami...
AmiRini masih ingat tika keluarga menghantar kami di Kelana Jaya... kemudian kami di escort oleh anggota polis untuk ke lapangan terbang KLIA dan menaiki kapal terbang setelah urusan visa selesai...
Perjalanan 8 jam tidak langsung membuatkan AmiRini dan Wife merasa letih.. dek kerana keterujaan untuk sampai ketanah suci ini...
Sepanjang perjalanan.. kami sentiasa mengucap syukur kerana dapat menjadi tetamuNya... 
Tiba di Madinah seawal  4 pagi... Merasai pengalaman pertama bersolat di lantai Airport... 
Menjadi perkara biasa bagi orang arab untuk solat dimana sahaja asalkan bersih dan suci pabila panggilan Azan memanggil... 
Madinah.. bumi dimana Habibullah disemadikan... 8 hari yang sangat bermakna buat kami semasa di sini...
Menziarahi dan memberi salam di makam Rasulullah... Berpuasa sunat dan berbuka di Masjid Nabawi...
Merasai nikmat minum air zamzam serta memakan kurma semasa berbuka...
Melawat peninggalan perang uhud... melawat Prof Kamil... membeli kurma...
" Ya Allah, semoga engkau rezekikan kami untuk kembali di tanah suci ini" Amiin...

Kemudian.. AmiRini dan wife mengenakan ihram buat kali pertama...
satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan..
Dengan lafaz talbiah... kami meninggalkan makam Rasulullah... Perjalanan 6 jam menaiki bas sekali lagi 
tidak meletihkan kami.. Mulut kami senantiasa basah melaungkan talbiah, berzikir serta membaca Al - Quran
Setiba di Makkah seawal pukul 3 pagi... kami di sambut oleh kerajaan arab saudi serta kedutaan Malaysia...
Maklumlah kami merupakan jemaah pertama - KT 01... Sekali lagi hati ini mengucap syukur kehadrat Ilahi..
Selama 35 hari AmiRini dan wife berada di Makkah... Pelbagai kenangan yang terindah berlaku...

Melihat Kaabah buat kali pertama... membuat airmata kami mengalir deras...
Terima kasih Allah diatas kurniaan yang maha hebat ini.. Diusai pula dengan umrah pertama (umrah wajib)...
Mulut kami sentiasa basah dengan lafaz tahmid diatas kurniaan ini...
Sementara menunggu hari wukuf.. kami mengambil peluang untuk senantiasa melakukan ibadah yang wajib 
serta yang sunut.. Telah menjadi amalan AmiRini untuk membuat tawaf sunat sebelum zuhur...
Alhamdulillah.. AmiRini diberi peluang untuk sembahyang betul - betul di belakang imam (2 saf dibelakang)..
Kami juga berkesempatan menziarahi muzium di makkah... 
Dan apabila tiba hari wukuf.. kami berduyun duyunlah umat islam berangkat ke padang arafah.. 
ada yang menggunakan kerusi roda.. dan ada pula yang dihantar menggunakan ambulans...
Berdoa bersama wife dengan linangan air mata yang membasahi pipi di bawah langit arafah.. Kerana antara waktu dan tempat yang mustajab berdoa adalah disini..
Merupakan kenangan yang terindah buat kami.. Semoga doa kami makbul... Amiin..
Kemudian kami berangkat ke mudzalifah... sementara menunggu tengah malam... kami penuhi waktu dengan 
bacaan Al - Quran serta zikrullah selepas mengutip batu bagi melontar di jamrah nanti... 

Selepas tengah malam kami berangkat pula ke Mina... 
Masih segar di ingatan AmiRini melalui terowong di Mina menuju aras 3 di jamrah.. Pelbagai gaya lontoran
yang dapat disaksikan... yang penting batu itu masuk kedalam jamrah...
Kemudian kami bergunting bagi mendapatkan tahallul awal...Masih AmiRini terasa keseronokan tidur 
beralaskan kain kanvas bersama jemaah lain... Serta beratur panjang untuk menggunakan toilet...
Pengalaman membotakkan jemaah lain... Cukup indah kenangan yang bersemadi di dalam jiwa ini...
Selama 2 hari melontar, kami, KT 01 -KT 05 berangkat pulang (Nafar Awal) ke Makkah semula bagi 
melakukan tawaf dan Saei Haji.. 

Dengan berbaki 3 hari sebelum pulang ke tanah air.. Kami melakukan Tawaf dan Saei Haji... Kaabah dilanda banjir.. Ya banjir dengan limpahan Umat Islam yang mengerjakan ibadah tawaf dan saie... Selesai sahaja tawaf dan saie maka sempurna sudah ibadah Haji kami... 
Sekali lagi airmata kami berderai membasahi bumi Makkah... Dengan penuh rasa kerdil... kami memohon untuk di beri haji yang mabrur...
Kemudian kami melakukan tawaf Wida.. air mata mengiringi 7 kali pusingan tawaf...
Hati kami bergitu sedih.. Kami sedih untuk berpisah dengan bumi yang penuh barakah ini...
" Ya Allah, Engkau rezekikan kami untuk kembali ke rumahMu ini" Amiin...

Kami berangkat ke Madinatul Hujjaj.. Kami bermalam di sini dan keesokan hari.. kami berangkat ke lapangan terbang untuk meninggalkan bumi Makkah ini...

Dan Kini.. AmiRini sudah hampir setahun meninggalkan bumi anbiya... Terlalu banyak kenangan yang 
mengusik jiwa kami...

Sesungguhnya Haji membawa 1001 perkara.... 

Semoga Para Jemaah Haji Malaysia khususnya dan jemaah lain amnya mendapat haji mabrur.. Amiin



Nukilan Dari Hati

AmiRini


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Klik Disini

back to top

busuk