Sunday, December 23, 2012

Makkah... Tercipta Kenangan Terindah - Part 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pembaca blog aku...

Alhamdulillah... Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam... Insya Allah, hari ini... aku hendak kongsikan  lagi pengalaman aku dan wife semasa berada di tanah suci bagi menunaikan ibadah haji...
Kalau anda belum baca entri pertama aku... maka anda boleh membacanya di SINI.

Topik aku pada hari ini ialah... lawatan ke kediaman Prof Kamil... Penulis buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman, Travelog Dakwah Meniti Hari Esok, 50 Tip Motivasi Haji dan yang terbaru Bersyukur Saat Diuji.

Semasa kami berada di Malaysia... Kami telah mula berhubung dengan beliau dan kami telah menyatakan hasrat kami untuk ke menziarahi Prof semasa berada di Madinah.... Alhamdulillah... Prof Kamil telah bersetuju. Sebagai tanda setuju, Prof telah memberikan nombor telefon beliau dan kami akan menghubungi beliau setelah sampai di Madinah.

Setibanya kami di Madinah... kami mula menghubungi Prof Kamil.. Secara ringkasnya.... Kami telah berjanji untuk berjumpa pada 19hb September 2012.. Kami berjumpa selepas Solat Isya' di Masjid Nabawi... Lebih kurang pukul 8.15 malam, kami telah selamat sampai di rumah Prof Kamil di Jabar Uhud... 


Seramai 6 orang telah menjadi tetamu Prof Kamil pada malam itu... Dan kami merupakan kumpulan pertama jemaah haji yang dijemput sebagai tetamu Prof... Mungkin entri INI akan menjelaskan kenapa kami menjadi tetamu Prof yang pertama...Terima kasih Prof kerana sudi menerima kami sebagai tetamu... Setelah sampai... kami di berikan layanan yang cukup istimewa... Bermula dengan tazkirah sehinggalah kepada jamuan makan malam yang istimewa.. Tazkirah Prof banyak mengisarkan perjalanan kami selepas mendapat gelaran atau title Haji dan Hajjah.. Apa yang kami akan buat dan bagaimana caranya untuk selepas kembalinya di tanah air...

Banyak input dari Prof yang telah menyedarkan kami... Terima kasih Prof... Kami sekeluarga tidak akan lupa akan nasihat prof ini...

Dalam masa yang sama... aku sempat mengambil kesempatan meminta Prof menandatangani buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman milik kami... Hehehe... bukan senang nk dapat tu....

Sebelum kami balik ke hotel, kami semua disajikan dengan hidangan yang cukup enak.. Nasi Mandi hasil air tangan Puan Roza (isteri Prof)... Serius... memang sedap.... Terima Kasih Puan Roza....

Selepas kami selesai makan... Maka sesi berfotografi dimulakan.. sebagai kenangan kami....


Kenangan Terindah... Semoga Allah pertemukan kami semua sekali lagi...


P/S: Menjadi kebiasaaan orang Arab Wanita untuk berpakaian gelap (hitam) dan Orang Arab Lelaki berpakaian Putih... 
Aku tetap nampak segak walaupun mengenakan pakain hitam... Perasan

Minta diri dulu.... Assalamualaikum semua...

6 comments:

  1. Replies
    1. Haji Amir and Hajjah Rini...
      that's how AmiRini was form...

      Delete
  2. wahh untungnyaaa dapat bersua muka.. kat tanah suci Makkah pula tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Semoga Ainaa turut mempunyai kesempatan tersebut...

      Delete
  3. Alhamdulillah..memang seronok ke sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... Rasa seronok and tenang jer hati...
      Teringin menjejak kan kaki sekali lagi di sana...
      Semoga Allah mempermudahkan kita semua utk kesana...

      Delete