Tuesday, September 4, 2012

Satu Minggu Satu Doa - Doa bangun dari tidur

Assalamualaikum Semua....

Pagi ini aku nak kongsi doa bangun tidur....

"Segala puji bagi ALLAH yang menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepadaNya kami kembali"


Amalan yang Rasulullah lakukan ketika bangun tidur untuk renungan bersama dan amalan kita semua:

  1. Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bangun dari tidur, baginda duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangan.” (HR. Muslim)
  2. Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bangun dari tidur, baginda membersihkan mulutnya dengan bersiwak.” (HR. Bukhari dan Muslim)
  3. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Apabila kamu bangun dari tidur, janganlah memasukkan tangannya ke dalam bekas air sebelum dia mencucinya tiga kali.” (HR. Bukhari dan Muslim)
  4. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Apabila kamu bangun dari tidur, beristintsaarlah (memasukkan air ke dalam hidung) tiga kali kerana syaitan bermalam di rongga hidung.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Semoga kita dapat mengamalkan apa yang termampu...

So sampai berjumpa lagi.... Assalamualaikum...



























11 comments:

  1. InsyaAllah... Terima kasih atas perkongsian ini..banyak manfaatnya

    ReplyDelete
  2. Satu minggu satu doa..perkongsian ilmu yang bermanfaat..Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. mudah2an dapat sama2 kita mengamalkan dgn berterusan.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, tambah lagi ilmu hari ini, terimakasih ya

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perkongsian ilmu syurga ini.. terima kasih, insyaAllah dan alhmdulillah serba sedikit dapat mengetahui tentang islam dengan lebih mndalam...

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah masih ada pd hari ni..mmg selalu amalkan doa2 harian ni..

    ReplyDelete
  7. kadang2 teringat terus baca.. tapi bila dah nak ke toilet
    terus lupa.. har3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maknanya... kita kena saling ingat mengingati...

      Delete
  8. Terima kasih semua kerana comment... InsyaALLAH, kita kongsi bersama serta ingat mengingati...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. Pencerahan yg amat bermakna.

    Terima kasih.

    ReplyDelete