Monday, September 10, 2012

KT 01 - Penerbangan Pertama Jemaah Haji Malaysia

Assalamualaikum Semua....


Alhamdulillah.. Segala puji bagi ALLAH tuhan sekalian alam....

6 hari lagi untuk ke 16hb September 2012... Aku dan isteri menghitung hari... 

Tarikh keramat buat aku dan isteri kerana kami akan melapor diri di Kelana Jaya pada 9.30 malam...

Aku dan isteri telah mendapat penerbangan yang pertama - KT 01...

Kami akan berangkat ke tanah suci pada 17 Sept 2012 pada pukul 1.30 pagi....

Berdebar... Takut dan dalam masa yang sama kami terlalu gembira untuk menyambut panggilan Agung ini...

Ya ALLAH... terlalu besar anugerah Mu ini kepada kami....

Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon jasa baik pembaca semua untuk mendoakan kesejahteraan kami semasa di tanah suci serta mendoakan keselamatan kami semasa pergi dan balik...dan mendoakan semoga kami mendapat haji yang mabrur...

4 comments:

  1. Alhamdulillah.. ena doakan semuanya berjalan dengan lancar... take care ketika di tanah suci... ^.^

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Beruntung dpt menjadi tetamu Allah di usia muda. Semoga mendapat haji yg mabrur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih tuan amirez sbb sudi melawat tapak saya yg kecil ini... hope boleh belajar byk dari tuan...

      Delete